Kami reka kabinet TV. Anda cipta kenangan di ruang tamu.
Kabinet TV Utech adalah pakar rekaan & fabrikasi kabinet TV custom made di Lembah Klang. Sejak 2015, kami telah menyiapkan lebih 500 projek — dari rumah teres, kondominium, hingga banglo mewah.

Bermula kecil, dipacu passion & kualiti.
Utech ditubuhkan atas keyakinan bahawa setiap keluarga Malaysia layak mendapat ruang tamu yang bukan sahaja cantik, tetapi juga fungsional dan tahan lama. Berpangkalan di Bandar Teknologi Kajang, workshop kami mengendalikan setiap projek dari mula hingga siap — daripada ukuran di rumah anda sehingga hari pemasangan.
SSM No. 001452658-H
Sembang dengan kami4 nilai yang kami pegang.
Ikhlas & Jujur
Kami komited pada harga & tempoh masa yang dijanjikan — tanpa hidden charge.
Craftmanship
Setiap sambungan, setiap laminasi diperhatikan dengan teliti.
Fokus Pelanggan
Kami dengar cerita anda dulu, baru cadangkan design.
Berkualiti
Guna material E1, tahan lama, safe untuk keluarga.
10 tahun, satu misi.
- 2015
Utech ditubuhkan
Bermula sebagai workshop kecil di Semenyih dengan pasukan 3 orang.
- 2019
100+ projek siap
Kepercayaan pelanggan Lembah Klang semakin meningkat.
- 2022
Workshop diperbesar
Kami expand kapasiti untuk uruskan projek luxury & komersil.
- 2026
500+ projek siap
Diiktiraf sebagai pakar No.1 kabinet TV custom di Lembah Klang.

